hye hari nie cik zura nak berkongsi impian dan angan-angan cik zura hopefully korang support cik zura ye cik zura sangat bersimpati dengan anak-anak yatim yela sebagai umat Islam, adalah satu kewajipan menitikberatkan hak penjagaan  anak-anak yatim termasuk tempat tinggalnya. Sepatutnya mereka diberi  layanan istimewa seperti yang disebut di dalam al-Quran dan hadis.Sekiranya  mereka tidak diberi layanan yang sewajarnya, besar kemungkinan kita  terdedah kepada kemurkaan Allah s.w.t. kerana mengabaikan satu golongan  yang hilang tempat bergantung. 
``Mereka juga seperti orang lain dan memerlukan kasih sayang. Jangan  pinggirkan perasaan mereka sebaliknya berikanlah layanan yang baik,''
menurut RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang  memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan  puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia  mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.
Malah menurut hadis  Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara  anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi  bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.
Kedua-dua  hadis di atas, jelas membuktikan sesungguhnya Allah s.w.t telah  menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi  perlindungan kepada anak-anak yatim. 
cik zura sangat sedih bile mendengar ank dibuang merate-rate cik zura pernah berdoa agar bayi yang x berdosa 2 dibuang depan rumah cik zura so boleh laa cik zura amik sebagai anak angkat
kat bwah nie gambar member2 cik zura yang buat amal menderma baju-baju terpakai kat rumah anak-anak yatim damai kuang,,,mse sedih jugak sebab cik zura pos kat facebook untuk buat amal xde orang pon yang nak support

















insyaAllah niat baik kamu nnti akn dimakbulkan..
ReplyDeletennti ajk akk skali yer? =)
owk nanti saye ajak yee
ReplyDelete